Memang menjadi kebiasaan tabiat manusia menjadi pencerita tentang diri sendiri daripada mendengar cerita dr orang lain.Sebagai sahabat menjadi pencerita sahaja akan membuatkan suasana menjadi hambar.Sepatutnya kita juga harus menjadi pendengar kepada sahabat, baru lah memikirkan untuk bersahabat dengan kita tu akan lebih senang dan mudah.
~Bagaimana menjadi pendengar yg setia~
*apabila sahabat bercerita jngn lah kita menjadi seperti tunggul atau batu, sekurang2 nya berilah respon seperti angguk kepala atau sebagainya.
*Beri perhatian penuh kepada cerita sahabat ,dan jngn sesekali menyampok.
*seelok2 nya tanya kan kepadanya soalan supaya dia tahu kita berminat dengan cerita nya.
*Setelah hubungan menjadi rapat barulah boleh kita pula bercerita masaalah kita kepadanya,tetapi bukan lah menjadikan masaalah kita sebagai satu beban kepada sahabat, cubalah menjadikan sahabat sebagai tempat berkongsi masaalah dan bukan lah tempat untuk kita bergantung.
*Cara terbaik menberikan respon ialah katakan pada nya kamu setuju dengan apa yg dikatakan nya, sekiranya tidak setuju kamu harus menyatakan nya dengan nada lembut dan nada nasihat.jika hendak memuji jngn lah terlalu memaksa diri dan perlu ada keikhlasan.apa yg benar katakan sahaja.Jngn menjadi sombong dan ego semasa bercerita.
Panduan diatas ini akan membuatkan orang yg berinteraksi dngn kita akan merasa selesa dan bangga dngn kita.
0 comments:
Post a Comment